0

Politik Dalaman Punca Latheefa Koya Letak Jawatan?

PETALING JAYA: Ketua Biro Hal Ehwal Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya pada Isnin meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi surat yang dihantar kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Latheefa berkata kedudukanya sebagai ahli majlis menjadi isu kepada umum dan menimbulkan pelbagai spekulasi.

“Saya faham bahawa anda dan exco mempertimbang untuk menyingkirkan saya sebagai ahli majlis dalam MBPJ.

“Ini sudah menjadi pengetahuan umum dan bahan spekulasi. Dengan keadaan ini, kedudukan saya sebagai ahli majlis MBPJ tidak dapat lagi dipertahankan,” katanya menerusi surat berkenaan.

Latheefa turut menghantar salinan surat berkenaan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Bandar MBPJ.

Filed in: Isu Semasa, PKR

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

Leave a Reply

Submit Comment
© 2013 KLXPRESS. All rights reserved.
KLXPRESS 2013