0

Pembangkang Ketandusan Isu Untuk Dimainkan

Setelah hampir semua isu dijawab dan diambil tindakan segera oleh pihak kerajaan, maka sekali lagi pembangkang akan menggunakan teknik mengajak rakyat untuk melakukan perhimpunan jalanan bagi meneruskan impak sokongan mereka. kalau dilihat isu sepanjang hari semalam, 2 isu yang menjadi pilihan untuk mencetuskan kemarahan rakyat kepada kerajaan dan aktiviti meraih simpati  dilakukan segera bagi menutup kejayaan transformasi yang diumumkan oleh Perdana Menteri 2 hari lepas sempena ulang tahun kepimpinan beliau.

kejayaan yang membanggakan itu  sehinga diiktiraf dunia itu menggusarkan pihak pakatan. Bayangkan walau hanya 3 tahun kepimpinan DS Najib sebagai Perdana Menteri pelbagai bantuan dan dasar yang diumumkan berjaya untuk membantu rakyat malaysia. Sebut sahaja ikon 1 Malaysia, pasti pelbagai produknya seperti bantuan buku untuk mahasiswa, bantuan Br1m yang menyasarkan penduduk berpendapatan 3000 ke bawah, bantuan persekolahan, kedai 1 malaysia, kedai ikan 1 Malaysia, menu 1 malaysia dan sebagainya.

bagi pakatan pula ikon baru harus diwujudkan bagi meneruskan momentum politik mereka. lihatlah semalam seorang pelajar yang digantung dijadikan ikon mata lebam yang baru. kini mereka cuba untuk mengajak rakyat sekali lagi turun ke jalan raya iaitu demontrasi bersih 3. Pastinya ini akan memberikan simpati kepada beliau. Sama-samalah kita saksikan agenda mereka untuk meneruskan survivaliti politiknya dan pastinya yang meraih keuntungannya adalah parti DAP hasil dari  perpecahan orang melayu. Sama-samalah kita fikirkan.

Filed in: Uncategorized

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

Leave a Reply

Submit Comment
© 2013 KLXPRESS. All rights reserved.
KLXPRESS 2013