0

Sambutan Skuad Muda KDN Disambut meriah #We1peace #Aman1msia

SERDANG  : Lebih 15,000 sukarelawan muda berkumpul di perhimpunan Skuad muda kdn yang ditafsir sebagai permulaan kepada gelombang kesukarelaan negara, yang memberi ruang kepada mereka untuk turut menyumbang bakti terhadap pembangunan negara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika merasmikan perhimpunan terbabit berkata himpunan kesukarelaan seperti ini akan menjadi salah satu agenda transformasi kerajaan di mana kesemua 9 kementerian yang diketuai oleh kementerian Belia Dan Sukan akan mewujudkan skuad muda yang menjurus kepada menghimpunkan anak muda agar dekat dengan pemimpin kerajaan dan dapat menyumbang kepada pelan transformasi negara.  Menurutnya lagi kementeriannya yang telah mendahului agensi yang lain didalam mewujudkan gelombang kesukarelaan negara dan ianya setaraf dengan negara-negara maju yang lain.

Sambutan yang penuh meriah itu turut mengamit anak muda yang melaungkan mesej keamanan dengan laungan “we want Peace” yang dapat dilihat memberikan mesej kepada dunia bahawa anak muda di Malaysia cintakan keamanan.

ketika sidang media selepas perasmian tersebut beliau turut menyatakan bahawa Kehadiran pihak berkuasa di sekolah-sekolah di negara ini akan ditambah terutama pada waktu pelajar masuk dan keluar sekolah. Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas,susulan kes penculikan kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, yang diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke sekolah berhampiran rumahnya.

“Kita akan cuba libatkan badan sukarela termasuk Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) kerana saya percaya dengan kehadiran lebih ramai mereka di kawasan tertentu pada masa tertentu akan mengubah persepsi bercanggah dengan kadar jenayah yang menurun yang telah diumum sebelum ini,” katanya pada Ahad.

Koleksi video ketika program dijalankan boleh dilayari di : Klxpress youtube channel dan galeri bergambar boleh di layari di pages : We 1 Peace.

Filed in: 1 Malaysia, Barisan Nasional

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

Leave a Reply

Submit Comment
© 2013 KLXPRESS. All rights reserved.
KLXPRESS 2013