0

BR1M adalah Bantuan Kerajaan – MB Perlis

KANGAR – Menteri Besar Perlis menolak tanggapan pembangkang kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah rasuah kerajaan bagi memancing undi pada pilihan raya umum akan datang.

Datuk Seri Dr Md Isa Sabu (BN-Bintong) berkata, pembangkang sentiasa tidak bersetuju dengan usaha yang dilaksanakan kerajaan demi kepentingan politik mereka.

Beliau berkata, jika ada pihak yang menyatakan pemberian bantuan itu adalah rasuah, mereka tidak perlu mengambilnya kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memaksa sesiapapun untuk menerimanya.

Ini kerana bantuan itu diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.
“Daripada apa yang dapat kita lihat, kebanyakan penyokong pembangkang yang mendaftar dan menerima bantuan lebih awal berbanding penyokong BN.

“Di Perlis seramai 44,603 orang layak menerima BR1M membabitkan peruntukan RM22.3 juta. Daripada jumlah itu, 43,580 penerima atau wakil sudah mengambilnya berjumlah RM21.79 Juta,” katanya ketika menjawab soalan lisan Khairi Hasan (BN-Mata Ayer).

Filed in: Barisan Nasional

Get Updates

Share This Post

Recent Posts

Leave a Reply

Submit Comment
© 2013 KLXPRESS. All rights reserved.
KLXPRESS 2013