KLXPRESS

RCI Sabah :- Warganegara Asing Berhutang RM 21.67 Juta Untuk Kos Perubatan
KOTA KINABALU: Warganegara asing berhutang RM21.67 juta bagi kos rawatan perubatan di Sabah sejak 2007 hingga 2012, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diberitahu pada Selasa.

Ketua Penolong Pengarah Kesihatan (Kawalan Penyakit Berjangkit) Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Maria Suleiman berkata jumlah hutang itu membabitkan kos rawatan perubatan kepada 42,092 warga asing daripada beberapa negara yang majoritinya dari Filipina dan Indonesia dalam tempoh lima tahun.

Dr Maria berkata jumlah RM21.67 juta itu sepatutnya dibayar oleh warga asing itu selepas mereka selesai menjalani rawatan perubatan di hospital dan klinik kesihatan di negeri ini.

“Kutipan memang sepatutnya dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Sabah, bagaimanapun ketika diminta bayaran mereka tidak membayar. Apabila pihak Jabatan Kesihatan merujuk bayaran itu kepada alamat yang diberi oleh pesakit ketika mendaftar, mereka tiada di alamat tersebut, bila telefon, nombor yang diberikan tidak dapat dihubungi,” katanya.

Saksi ke-75 itu berkata jumlah kos rawatan itu memang banyak berbanding jumlah RM7,723,839.23 yang sepatutnya dibayar rakyat tempatan di negeri ini dalam tempoh yang sama.

Dr Maria berkata jabatan itu juga membelanjakan RM200,000 pada 2011 bagi mengawal penyakit berjangkit di dua petempatan sementara di Kinabatangan dan Beluran bagi warga Filipina.

Ketika ditanya pegawai pengendali Datuk Azmi Arifin, saksi itu berkata antara tahun 2000 hingga 2011 seramai 1.3 juta iaitu 53.41 peratus warga asing mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di hospital di Sabah.

Dr Maria juga berkata sejumlah 295,053 orang warga asing dalam tempoh 10 tahun itu mendapat rawatan sebagai pesakit dalam iaitu pesakit yang dimasukkan ke dalam wad.

Membacakan statistik dari Jabatan Kesihatan Sabah itu, Dr Maria berkata di klinik kesihatan di seluruh negeri ini pula seramai 327,302 orang pesakit luar warga asing mendapat rawatan manakala ibu mengandung pula seramai 491,071 dan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun seramai 472,452 dari 2000 hingga 2011.

Dr Maria yang berkhidmat di jabatan itu selama 22 tahun juga berkata seramai 122,882 kelahiran warga asing direkodkan jabatan itu pada tempoh sama.

Beliau berkata warga Indonesia yang paling ramai mendapatkan rawatan pesakit luar dan dalam di hospital antara 2010 dan 2011 iaitu 54,283 berbanding warga Filipina 45,790 orang.

Kepada soalan Azmi, saksi itu berkata jumlah pesakit warga asing yang ramai ini amat membimbangkan dan mendatangkan pelbagai masalah kepada Jabatan Kesihatan Sabah.

“Jumlah pesakit yang ramai ini amat membimbangkan selain membebankan kami (Jabatan Kesihatan Sabah). Kos rawatan juga meningkat. Ia juga membebankan kami kerana kami kekurangan doktor dan jururawat bagi merawat mereka,” katanya.

Beliau berkata jumlah katil juga tidak mencukupi untuk menampung jumlah pesakit sehingga pihak hospital terpaksa memasang katil sementara.

Selain itu katanya kebanjiran warga asing ini juga mengundang pelbagai jenis penyakit berjangkit antaranya campak, taun dan hepititis B.

Ditanya apakah dokumen yang warga asing itu bawa semasa mendapatkan rawatan, saksi itu berkata mereka mengemukakan pasport, permit kerja, IMM13 iaitu resit pengenalan sementara tetapi kebanyakan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Menjawab soalan peguam pemerhati daripada Persatuan Undang-Undang Sabah John Sikayun mengapa hospital masih memberikan rawatan kepada warga asing sama yang tidak membayar kos, Maria menegaskan sebagai doktor, pihaknya tidak akan menolak pesakit yang datang mendapatkan rawatan.

Beliau berkata jika hospital tidak memberikan rawatan ketika itu, pesakit akan bertambah sakit dan kos rawatannya pula meningkat.

Terdahulu, Suruhanjaya itu juga diberitahu bahawa kerajaan membelanjakan RM614,355 bagi menanggung kos pengurusan tahanan juvana pendatang asing sejak 2007 hingga 2012.

Timbalan Penguasa Penjara Kota Kinabalu Kalbin Mohd Said memberitahu bahawa jumlah itu merupakan kos purata pengurusan tahanan juvana dari Filipina dan Indonesia di Sekolah Henry Gurney Keningau yang menempatkan juvana lelaki dan di Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu.

Saksi ke-62 yang dipanggil semula itu berkata bagi Sekolah Henry Gurney Keningau, kos keseluruhan bagi menanggung juvana itu dalam tempoh berkenaan ialah RM566,115 manakala di Sekolah Henry Gurney Wanita pula sebanyak RM48,180.

“Kos itu meliputi makanan, rawatan perubatan, tempat tinggal, pakaian, elektrik, air dan program-progam pemulihan bagi tahun 2007 hingga Oktober 2012,” katanya pada prosiding RCI bagi menyiasat pendatang asing di Sabah.

Beliau berkata kos pengurusan itu bagi menanggung seramai 47 juvana lelaki dan 80 juvana wanita berumur antara 14 hingga 21 tahun.

Bagi juvana tempatan pula, Kalbin berkata seramai 861 ialah lelaki manakala 76 wanita yang ditempatkan di Sekolah Henry Gurney sejak 2006 hingga Oktober 2012.

“Mereka ditahan di situ atas beberapa kesalahan antaranya di bawah Akta Dadah Berbahaya, kesalahan jenayah mengikut Kanun Keseksaan, Akta Senjata Api dan kesalahan lain,’ katanya.

Beliau juga berkata sepanjang tempoh itu, tiada kematian direkodkan oleh juvana warganegara asing dan juvana warganegara Malaysia.

“Mereka juga diberikan program berbentuk akademik, vokasional dan industri,” katanya.

Beliau menjelaskan apabila tempoh tahanan bagi rakyat tempatan tamat, mereka akan dibebaskan tanpa syarat manakala warga asing pula dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk proses pengusiran.

Prosiding di hadapan lima anggota panel yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong itu bersambung esok.

Panel itu turut dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Professor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J.Luping.-BERNAMA

Piala Sudirman :- Malaysia Gagal Mara Ke Pusingan Suku Akhir
KUALA LUMPUR: Malaysia tumpas di tempat sendiri apabila gagal mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2013 setelah tewas dengan pasukan Jerman 3-2 pada pusingan peringkat Kumpulan C pada Selasa.

Langkah tempang Malaysia bermula dengan kekalahan pertama melalui beregucampuran nombor lima dunia Chan Peng Soon/Goh Liu Ying yang mengejutkan banyakpihak termasuk ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek dan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.

“Beregu Chan/Goh mungkin merasa sedikit tekanan dan gementar kerana merekamerupakan pasukan Malaysia yang pertama masuk ke gelanggang hari ini dan sayaharap setiap pemain yang tewas akan menilai punca kekalahan mereka.

“Saya berharap mereka dapat terus meningkatkan keyakinan dan mutupersembahan pada pusingan seterusnya dan para pemain lain terus fokus sertatidak merasa tertekan dengan keadaan ini,” kata Chong Wei ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berkenaan, di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Pasangan Chan/Goh gagal memberikan mata kepada pasukan negara apabila tewaskepada pasangan Fuchs Michael/Michels Birgit 17-21, 21-18 dan 17-21.

“Rintangan angin yang tidak menentu memberikan kekalahan kepada kami hariini, kami cuba mengejar lawan pada set kedua namun tidak dapat mengekalkankejuaraan apabila tewas pada set ketiga,” katanya.

Sementara itu, Chan berkata beliau merasakan sedikit tekanan berikutanmenjadi pasangan yang diletakkan harapan oleh para peminat bulu tangkis negaradan berharap kekalahan mereka hari ini tidak melemahkan semangat pasukan negaramengumpul mata.

Kedua-dua mereka berpendapat pihak lawan dapat mengatasi tekanan yang cuba diberikan dengan baik dan terus fokus terhadap permainan.

Namun episod kekalahan Malaysia tidak terhenti di situ sahaja apabila perseorangan wanita Tee Jing Yi tewas mudah kepada Konon Olga 12-21 dan 14-21.

Harapan peminat bulu tangkis negara musnah apabila beregu wanita Woon Khe Wei/Vivian Hoo Kah Mun yang dijangka bakal menyelamatkan Malaysia untuk ke peringkat suku akhir tewas sengit kepada Michels Birgit/Golsizewski Johanna 21-16,16-21 dan 21-18.

Sementara itu, beregu lelaki kedua negara, Goh V Shem/Lim Khim Wah gembira dengan kejayaan menyumbang satu mata kepada negara dengan kemenangan 21-16 dan 23-21 ke atas beregu Kindervater Ingo/Schoettler Johanne.

“Kami akui agak gementar ketika terikat 20-20 pada set kedua namun kami tidak mahu ia mengganggu emosi kerana kami hanya memberikan fokus sepenuhnyaterhadap permainan.

“Lawan kami memberikan tentangan sengit pada perlawanan hari ini dan kemenangan tersebut merupakan satu kebanggaan buat kami,” kata Lim yang pernah ditewaskan lawan sama pada pusingan kedua Terbuka Jerman, Mac lalu.

Mata kedua Malaysia dikumpul melalui Chong Wei yang berjaya mengumpul mata pertama negara menewaskan Domke Dieter 21-18 dan 21-18. -BERNAMA

Nik Nazmi Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Dakwaan Perhimpunan Tanpa Kebenaran
PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat atas dakwaan gagal memberi notis 10 hari lebih awal kepada pihak polis sebelum menganjurkan perhimpunaan tanpa kebenaran, 8 Mei lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, Kelana Jaya dekat sini pada pukul 8.30 malam pada 8 Mei lalu.

Nik Nazmi, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya dihadapan Hakim Rozina Ayob.

Peguam Eric Paulsen yang mewakili Nik Azmi memberitahu mahkamah, pihaknya akan memfailkan secepat mungkin permohonan bagi membatalkan pendakwaan ke atas anak guamnya berdasarkan alasan salah guna kuasa kerana pendakwaan itu, lebih bersifat politik.

Nik Nazmi didakwa di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan berhadapan dengan denda maksimum RM10,000 jika didapati bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mewakili pasukan pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan kes.

Punca Anwar Terus Hasut Rakyat Dikenalpasti

PM Mahukan Khidmat Yang Terbaik Dari Anggota Kabinetnya
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis menekankan peri pentingnya soal ketelusan dalam pentadbiran kerajaan, kerana aspek inilah yang dieksploitasi dan digembar-gembur oleh pembangkang tanpa mengira sama ada ia bersandarkan kepada realiti atau persepsi.

Beliau berkata ketika ini pembangkang nampaknya tahu bagaimana persepsi boleh mengatasi realiti.

Katanya dalam mesyuarat khas jemaah menteri yang dipengerusikan beliau buat kali pertama hari ini selepas PRU-13, beliau meminta supaya anggota pentadbiran kerajaan memberikan respons dengan lebih pantas dan lebih tegas terhadap sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang.

Perdana Menteri berkata beliau turut menegaskan betapa penting bagi anggota kabinet untuk bersedia dalam menghadapi penilaian awam yang lebih tinggi lagi. “Maknanya jangkaan atau ‘expectation’ rakyat terhadap tingkah laku kita, sama ada pada diri kita mahupun anggota keluarga, adalah begitu tinggi. Oleh itu kita mesti menjaga apa saja yang kita lakukan, pembawaan kita, dan cara hidup kita, supaya rakyat tidak mempersoalkan apa sahaja yang melibatkan integriti kita sebagai anggota pentadbiran,” katanya.

Pagi Khamis semua anggota kabinet baharu mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, di Istana Negara.

Mesyuarat pertama kabinet baharu pada Khamis berlangsung selama hampir dua jam, sejurus selepas mereka bergambar beramai-ramai di Aras Satu bangunan Putra Perdana di sini, pada kira-kira 3.15 petang.

Merujuk kepada anggota kabinet baharu Najib berkata beliau melihat mereka sememangnya bersemangat tinggi, dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai satu pasukan.

“Insya-Allah kita akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi dan melaksanakan segala amanah dan janji yang kita buat kepada rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata dalam mesyuarat pertama hari ini beliau menegaskan betapa pentingnya untuk menjunjung amanah dan kepercayaan yang diberikan rakyat kepada kerajaan.

Katanya beliau menegaskan bahawa apa sahaja yang disuarakan anggota kabinet, ia bukan atas nama individu, sebaliknya mewakili kerajaan, dan ia merupakan pendirian bersama.

“Apa saja yang kita lakukan, ia mesti atas nama sebuah kerajaan, bukannya kita bergerak dalam ‘compartment’ (ruang atau bahagian yang terpisah daripada bahagian lain) atau silo masing-masing. Saya tegaskan penting kita menjadi satu pasukan yang jitu, kukuh dan terselaras tindakan kita, sama ada dalam negara mahupun di luar negara, sama ada kita berbicara dengan media tempatan mahupun media antarabangsa,” katanya.

Beliau seterusnya meminta supaya setiap anggota kabinet memberi nilai tambah kepada perkhidmatan, dengan bukan hanya menjaga kementerian atau kawasan masing-masing, sebaliknya mesti sanggup melakukan lebih daripada itu, termasuk menyertai forum-forum bersama dengan rakyat, sama ada penyertaan secara bersemuka, mahupun menerusi media sosial mahupun tradisional.-BERNAMA

Malaysian Cabinet 2013
Congratulations to the members of the new cabinet. Obviously only the PM has the wisdom and prerogative to select this particular group of people to be in his team.

He subscribed it as a balanced cabinet of the experienced, the technocrats and the youth which is able to continue the transformation agenda.

Hopefully, all members in the cabinet will do what is right for the rakyat, and not for selfish reasons. In cabinet meetings, please discuss and debate thoroughly on policies and projects, for the sake of our nation. Please discard the ‘you scratch my back, I scratch your back’ attitude during project proposal meetings. If the cost is exorbitant and you know there is an overestimation of prices, please voice up without fear or favour.

All the best. We will be watching.

Cabinet list 2013

Prime Minister: Najib Razak

Deputy Prime Minister : Muhyiddin Yassin

Ministers in PM department:

1) Jamil Khir Baharom

2) Abd Wahid Omar

3) Idris Jala

4) Joseph Kurup

5) Shahidan Kassim

6) Nancy Shukri

7) Joseph Bintulu

8)Paul Low Seng Huat

Deputies – Razali Ibrahim, Waythamoorthy

Defence: Hishamuddin Hussein, Deputy – Rahim Bakri

Education (Combined) : Muhyiddin and Idris Jusoh, Deputies – Mary Yap and P. Kamalanathan

Transport : (Acting Minister) Hishamuddin Hussein, Deputy – Abdul Aziz Kaprawi

Home Ministry: Zahid Hamidi, Deputy – Wan Junaidi

Works: Fadhillah Jusoh deputy – Rosnah Rashid

MITI: Mustapha Mohamad, Deputy – Hamim Samuri

Foreign: Anifah Aman, Deputy – Hamzah Zainuddin

Domestic Trade: Hassan Malik deputy – Bashar Hanifa

Finance: Najib Razak. Husni Hanadzlah Deputy – Ahmad Maslan

Communication and Multimedia: Ahmad Shaberry Cheek deputy – Jailani Johari

Human Resource: Richard Riot, deputy – Ismail Abdul Mutalib

Rural: Shafie Afdal, deputy – Alexander Linggi

Hal Ehwal Bandar: Abdul Rahman Dahalan deputy – Halimah Siddique

Youth: Khairy Jamaluddin, deputy – Saravanan

Health: Subramaniam deputy – Hilmy Yahya

Federal Territories: Adnan Mansor, deputy – Loga Bala Mohan

Commodities: Douglas Unggah deputy – Noriah Kasnon

Technology and water: Ongkili deputy Mahathir Khalid

Agriculture: Ismail Sabri, deputy -Tajuddin

Tourism: Nazri Aziz deputy – Joseph Salang

Science: Iwan Ibin deputy – Abu Bakar Diah

Sumber Asli: Palanivel deputy – James Daos

Women: Rohani Karim deputy – Azizah Mohd Din

Barisan Nasional Perlu Memperkasakan Media Sosial
KUALA LUMPUR, Barisan Nasional (BN) yang sekali lagi menerajui kerajaan pasca pilihan raya umum ke-13 (PRU13) perlu memperkuat ‘serangan’ dan memperluas capaian media sosialnya bagi memperbetulkan persepsi rakyat terhadapnya khasnya di kalangan generasi muda yang telah dikelirukan pembangkang.

Usaha itu mesti dimulakan secara bersepadu dan teratur sekarang dengan mesej-mesej yang jelas dan sekata dengan diselaraskan sebuah agensi khusus supaya tidak berkecamuk.

Pakar perhubungan awam dan penganalisis sains sosial, Prof Datuk Dr Hamdan Adnan berkata berdasarkan trend pada PRU13 peranan media sosial jelas sangat penting dan berkesan dalam mempengaruhi pengundi, khususnya pengundi muda.

“Baik pengundi matang mahupun pengundi pertama kali dan pengundi muda yang mencakupi kira-kira 40 peratus daripada sejumlah 3.2 juta pengundi berdaftar pada PRU13 sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pelbagai maklumat di media sosial.

“Daripada penelitian saya, BN agak terkebelakang dalam memanfaatkan media sosial sedangkan ia sangat penting kerana bukan sedikit golongan yang tidak lagi membaca akhbar arus perdana atau menonton siaran TV dan mendengar radio,” katanya dalam satu temu bual dengan Bernama di sini hari ini.

Hamdan berkata perkembangan itu jelas dilihat di kalangan pelajar pusat pengajian tinggi dan universiti yang bakal menjadi pengundi pada PRU14 dan seterusnya mewarisi kepimpinan negara.

“Jika maklumat jelas dan betul mengenai apa yang telah diperjuang dan dilaksanakan dengan jayanya oleh BN sehingga dapat dinikmati sekarang tidak disampaikan kepada mereka, bagaimana kerajaan BN akan mengharapkan mereka memahami dan bersama-sama terlibat dalam usaha pembangunan negara?” soalnya.

Menurut Hamdan, pembangkang tidak boleh disalahkan jika mereka lebih cepat mengesan trend semasa dan bijak mengambil kesempatan daripada teknologi komunikasi terkini, biar apa pun mesej dan maklumat yang mereka sampaikan sesuai dengan penentuan agenda mereka.

“Namanya dah pembangkang…Memang banyak mesej dan maklumat pembangkang yang tidak beretika, berunsur fitnah, tanpa penyelidikan sehingga berlaku pembohongan atau memang penipuan yang disesuaikan dengan matlamat parti mereka untuk merebut kuasa.

Sebagai generasi terpelajar tidakkah golongan muda dapat membezakan antara yang benar dan tohmahan, yang betul dan penipuan sehingga mudah percaya bulat-bulat terhadap dakyah politik sedemikian?” soalnya.

Hamdan berkata kerana itulah dalam teknologi pemasaran dan kepenggunaan, setiap mesej disampaikan berulang-ulang kerana lama kelamaan banyak pihak akan percaya dan menerima apa yang disogokkan kepada mereka sebagai maklumat yang benar.

Beliau memberi contoh, dakyah padamnya elektrik di pusat pengiraan undi untuk kerusi Parlimen Bentong pada PRU13 walaupun telah diberi penjelasan oleh calon yang kalah bahawa ia tidak berlaku dan Tenaga Nasional Berhad juga menafikannya, namun dakyah itu disebar berulang-ulang di media sosial.

“Akhirnya ramai yang percaya dan turut menyebarkannya lagi dan lebih meluas sehingga berita penafian tidak diendahkan lagi oleh banyak orang. Persepsi terhadap kerajaan sangat negatif menjelang PRU13,” katanya.

Begitu juga dengan dakyah pembangkang kononnya pekerja Bangladesh diberi kad pengenalan dan disuruh mengundi, yang sehingga sekarang pun tidak ada pihak yang tampil mengemukakan bukti sahih tetapi telah menjadi buah mulut akibat sebaran meluas di media sosial.

“Dakyah politik sebegini perlu ditangani dengan tegas dan segera. BN kena ada pasukan khas media sosial bagi menjelaskannya, menyampaikan maklumat yang betul secepat mungkin,” katanya, yang menambah bahawa ada kaedah-kaedah tertentu yang boleh digunapakai oleh jentera BN baik di peringkat pusat mahupun setempat.

Hamdan berkata penggerak media sosial BN perlu terdiri daripada para pakar strategi dan pekerja sepenuh masa kerana empat tahun akan datang bukanlah tempoh yang lama, apatah lagi jika kerajaan dan penjawat awam perlu menumpukan kerja keras menunaikan janji-janji dalam manifestonya.

“Sumber manusia perlu dilatih dari sekarang supaya mampu menyaingi pekerja media sosial bergaji tetap pihak pembangkang. Biarlah soldadu maya BN menumpukan sepenuh perhatian mengesan isu di alam siber dan kemudiannya diberi panduan jelas untuk menyampaikan maklumat tepat kerajaan mengenai isu-isu itu.

“Kalaupun tiada isu dan dakyah disebar pembangkang, rebutlah peluang di alam maya itu untuk meningkatkan sebaran maklumat kerajaan dengan cara dan penyampaian yang menarik dan tidak berbentuk berita semata-mata,” katanya.

Tidakkah sudah banyak laman web, twitter dan facebook digunakan oleh penyokong BN selama ini?” soalnya.

Hamdan berkata harus dibezakan antara media sosial yang mempromosi individu politik dengan media sosial yang peranannya menjelaskan dasar-dasar kerajaan, usaha yang sedang dilaksanakan oleh BN dan hala tuju negara yang perlu diusahakan bersama oleh setiap rakyat.

“Media sosial BN tidak harus semata-mata memberitahu apa yang kita nak beritahu tetapi lebih pentingnya memberitahu apa yang sebenarnya rakyat nak tahu. Sangat perlu juga menyetempatkan hal-hal yang dijelaskan kerana isu di Sabah contohnya berbeza daripada isu di Johor,” katanya. BERNAMA

Ke mana Hilangnya Pengundi Hantu Di Selangor ?
SHAH ALAM, (Bernama) — Sebelum hari pengundian pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kononnya ada usaha membawa masuk ramai pengundi hantu ke Selangor bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Dakwaan sama turut dibuat oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan angka kononnya lebih 40,000 pengundi hantu dibawa dari Bangladesh, Sabah dan Sarawak, dengan Selangor sebagai sasaran utama.

Tetapi bila keputusan PRU13 memihak kepada parti PAS, PKR dan DAP di negeri ini dengan mandat majoriti dua pertiga, faktor pengundi hantu ini tiba-tiba tidak berbangkit sekurang-kurangnya di kawasan yang mereka menang.

Logiknya jika benar ada pengundi hantu, merekalah yang memenangkan calon-calon parti Pakatan Rakyat ini. Kenapa bila kemenangan di pihak mereka, tuduhan itu tidak terpakai?

Hakikatnya bila PR memperoleh mandat itu, faktor pengundi hantu yang mahu dijadikan sebab kepada kemenangan BN, sudah tidak terpakai.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin telah menegaskan dakwaan itu hanyalah penipuan PR.

“Kalau ikut logik, hendak bawa 40,000 (warga) Bangladesh (perlu) menggunakan pesawat Boeing 747 yang hanya boleh memuatkan 400 orang … bererti 100 buah pesawat terpaksa mendarat untuk membawa warga Bangladesh ini mengundi,” katanya.

Sehingga kini tiada bukti diketengahkan pembangkang kerana dakwaan itu sememangnya tidak berasas dan mereka sudah tentunya tidak mahu memanjangkan lagi kisah Bangladesh ini kerana tempelaknya kepada mereka semula.

PRU13 menyaksikan PAS dan DAP masing-masing memperolehi 15 kerusi dewan undangan negeri manakala PKR memperolehi 14 kerusi di Selangor. BN yang telah difitnah dengan pengundi hantu, hanya memperoleh 12 kerusi.

Bekas pemimpin, penganalisis politik, pemimpin politik veteran dan ahli akademik yang ditemubual Bernama pada 2 Mei lepas telah menghidu strategi penipuan pengundi hantu itu, yang disifatkan mereka sebagai permainan psikologi terdesak pembangkang bagi meraih sokongan.

Mereka sependapat bahawa serangan itu bertujuan menggambarkan sistem pilihan raya negara ini tidak adil dan pembangkang teraniaya untuk meraih simpati rakyat Malaysia juga masyarakat antarabangsa.

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata perasaan simpati daripada permainan psikologi itu dijadikan senjata bagi menyemai perasaan ‘sakit hati’ kepada BN yang didakwa kononnya berkonspirasi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Impak permainan psikologi meraih simpati ini jelas dilihat dengan kemenangan besar PR di Selangor, malah BN pula memperoleh bilangan kerusi yang sedikit kerana secara realitinya tiada siapa yang mahu menggunakan pengundi hantu untuk kalah, apatah lagi kalah dengan majoriti besar.

Namun sehingga semalam, tanpa rasa bersalah dan malu PR tetap mempertahan penipuannya itu dan kali ini lebih kepada mendakwa SPR gagal melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil khususnya di Selangor.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa antara kerusi yang ‘dicemari’ dengan aduan salah laku ketika pengundian termasuk pengundi hantu itu ialah kerusi parlimen Shah Alam dan tiga kerusi dewan undangan negeri (DUN) iaitu Meru, Sekinchan dan Ijok.

Jika benar pengundi hantu wujud di empat kawasan itu, maka logiknya pengundi hantu ini menyumbang kepada kemenangan ketiga-tiga parti, iaitu PAS bagi kerusi parlimen Shah Alam dan kerusi DUN Meru, manakala PKR dan DAP masing-masing menang kerusi DUN Sekinchan dan kerusi DUN Ijok.

Malah mereka menang dengan majoriti selesa di kerusi Parlimen Shah Alam menyaksikan Khalid Abdul Samad menang dengan majoriti 10,939 undi, DUN Meru Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Othman menang dengan majoriti 9,079 dan kerusi DUN Sekinchan menyaksikan Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng See Lim menang majoriti undi 2,239.

Namun apabila ditanya sama ada ketiga-tiga parti itu akan mengemukakan petisyen pilihan raya ke atas keputusan di Selangor khususnya empat kerusi itu, Azmin berdolak dalik dalam memberikan jawapan.

Setelah diasak wartawan, beliau berkata pihaknya akan meneliti dan mengkaji aduan yang diterima terlebih dahulu.

Pandai pula mereka mahu mengkaji dahulu sebelum bertindak atau bercakap apabila terkena batang hidung sendiri.

Penipuan isu pengundi hantu oleh PR ini sepatutnya menuntut rakyat, terutama yang menyokong atau percaya secara melulu tanpa menimbangkan logik tuduhan itu, lebih berhati-hati dalam reaksi dan tindakan mereka untuk tidak mengeruhkan dan menghuru-harakan proses demokrasi negara dalam memilih pemimpin dan kerajaan melalui PRU yang telus. BERNAMA

Ramdan Misbun Raih Dua Gelaran Terbaru
Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sepatutnya malu dengan bekas jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek apabila berjaya membantu Misbun Ramdan Misbun meraih dua gelaran selepas mengungguli saingan Cabaran Antarabangsa Slovenia kelmarin dan Portugal bulan lalu.

Malah, Ramdan, 23, kini dilihat calon terbaik menggantikan Lee Chong Wei – bertepatan dengan matlamatnya ketika keluar daripada BAM, apatah lagi pemain yang berada di bawah badan induk itu masih belum menunjukkan petanda positif apabila terus bergelut dengan prestasi tidak menentu.

Ironinya, dua kejuaraan itu hadir empat bulan selepas Ramdan meninggalkan BAM dan bernaung di bawah Kelab Badminton Nusa Mahsuri sekali gus membuktikan ada sesuatu yang tidak kena dengan program badan induk itu selepas dia gagal mencetuskan impak sepanjang dua tahun berada di BAM.

Jurulatih pelapis perseorangan negara, Hendrawan yang bertanggungjawab melatih Ramdan sebelum ini bagaimanapun enggan menjadikan perkara itu sebagai isu, sebaliknya menyifatkan kejayaan Ramdan bakal memberi cabaran kepada pemain kendaliannya terutama Goh Soon Huat dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

Cetus saingan sihat

“Mungkin program saya dengan Misbun berbeza. Lagipun saya sudah bentuk Ramdan ketika dia bersama dengan saya dan kini dia meneruskannya bersama Misbun. Tidak dinafikan dia seorang pemain yang berbakat dan mampu menjadi pemain bertaraf dunia.

“Apa yang saya nampak kejayaan Ramdan ini akan mewujudkan persaingan yang sihat antara dia, Soon Huat dan Iskandar. Apabila Ramdan berjaya, Soon Huat dan Iskandar pasti mahu melakukan perkara sama, mereka akan bersaing antara satu sama lain bagi meningkatkan prestasi masing-masing.

“Saya akan terus membimbing Iskandar dan Soon Huat untuk mencipta kejayaan dan Misbun juga pasti akan membuat perkara sama terhadap Ramdan, akhirnya kita dapat melahirkan pemain terbaik untuk negara,” katanya.

Ditanya adakah wajar Ramdan dipanggil berada dalam skuad negara bagi menghadapi Piala Thomas tahun depan jika terus cemerlang mengukir kejayaan di pentas antarabangsa, Hendrawan berkata: “Saya tidak pasti polisi BAM macam mana.

“Namun, secara peribadi, jika Ramdan adalah yang terbaik ketika itu, dia perlu dipanggil. Ini kerana, hanya yang terbaik boleh beraksi dalam skuad negara tidak kira dia pemain BAM atau kelab,” katanya. bharian

GPS Nuvi52LM Untuk Mereka Yang Memiliki Bajet Terhad
Jika berhajat memiliki alat sistem kedudukan global (GPS) tetapi masa yang sama memikirkan soal harga, keluaran terbaru Garmin bagi 2013 iaitu nuvi 52LM berupaya merealisasikan impian anda.

Nuvi 52LM amat sesuai kepada pemandu yang sekadar ingin membeli-belah barang keperluan dapur dan sekali sekala meninjau bandar di luar Kuala Lumpur.

Ia amat memadai sekiranya anda sedang mencari GPS pada harga murah dan mengelak berbelanja besar untuk memiliki peralatan mahal dan lebih banyak spesifikasinya.

Memang nuvi 52LM adalah peranti yang mudah dan ringkas berbanding produk keluaran Garmin lain.

Namun ia adalah keluaran pertama Garmin bagi 2013 dan terdapat beberapa perubahan supaya orang ramai boleh melihat perbezaan di antara nuvi 52LM dan model lama, 50LM yang dilancarkan sebelum ini.

Rekaan berbentuk bulat di penghujung alat ini tidak lagi kelihatan, sebaliknya ia lebih segi empat tepat.

Berat peranti itu masih dikekalkan iaitu 170 gram dan pemilik boleh merasa lebih ringan berbanding telefon pintar bersaiz 12.7 cm (5 inci).

Paparan 12.7 cm itu adalah ciri yang tidak boleh dipertikaikan kerana saiz lebih besar menjadikan mudah untuk melihat peta dan menu jika kedudukan tempat duduk pemandu jauh sedikit daripada peranti terbabit.

52LM didatangkan dengan bekas pemegang bagi memudahkan kerja melekatkan alat itu di cermin depan kenderaan anda.

Kabel pengecas kenderaan turut disediakan sekiranya ingin mengecas peranti berkenaan.

Jangka hayat bateri pula kira-kira dua jam dan kabel pengecas boleh diletakkan di dalam ruang menyimpan di bahagian depan.

Selain itu, kekuatan nuvi 52LM ialah anda boleh merancang laluan dengan pantas dan mengemudi ke destinasi sambil mengekalkan pelbagai info paparan yang ringkas.

Jika anda pertama kali memasang peranti terbabit, tiada pendaftaran perlu dibuat atau mengaktifkan langkah-langkah.

Peta termasuk tempat menarik (POI) sudah dimuat turun. Pemandu boleh dengan pantas menentukan sama ada mahu merancang laluan atau meneliti peta serta tempat menarik di kawasan sekitar.

Nuvi 52LM sedia maklum lokasi terkini anda dan pantas mengira laluan yang dipilih.

Sementara itu, pemandu juga boleh menambah tempat menarik dalam POI dan boleh mengemaskini peta secara percuma seumur hidup. Paparan peta didatangkan dengan 2-D atau 3-D.

Jika berlaku kecemasan, anda disarankan supaya menggunakan menu “Where Am I?” kerana bukan saja boleh mencari lokasi tepat malah mencari hospital, stesen minyak dan balai polis berdekatan.

Sila layari www.aeco.com.my atau hubungi AECO Technologies (M) Sdn. Bhd di talian 0392858062 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

SPESIFIKASI

Dimensi:

13.9 x 8.6 x 2.0 cm

Skrin:

11.1 x 6.3 cm

Resolusi paparan:

480 x 272 piksel

Berat:

180.1 gram

Bateri:

rechargeable lithium-ion

Jangka bateri:

Sehingga dua jam